Pulau Perhentian~

Di Pulau Perhentian ini tercipta satu sejarah antara kami. Sejarah yang tak mungkin akan terpadam di ingatan. Percutian yang singkat, bukan sahaja memberi kesedaran kepada kami tentang kepentingan menjaga hidupan laut, tetapi juga ukhwah antara kami. Antara sedar atau tidak, kami semua akan membawa haluan masing-masing, memasuki dunia pekerjaan. Namun, saat-saat kami di Pulau Perhentian ini akan sentiasa dirindui.

Perhentian, di sini sejarah tercipta, di sini kami belajar sesuatu, di sini kami bahagia bersama dan ianya akan terus tersemat di ingatan. Perhentian, suatu tempat yang cukup indah, tiada kata dapat melafazkan keindahan yang tercipta. Terima kasih, inilah ungkapan teristimewa buat pengarah projek yang bertungkus lumus merealisasikan impian ini dan di pantau oleh Miss Melina Bt Mahpuz.

Akmariela Ahmad Sayuti
:)
1 Response
  1. mIsSy NiTa Says:

    yes akma.. i agreed..
    banyak yang kita belajar..
    we've learned value of friendship,handling issues among us..
    yup everything that cant be learn in class..

    Perhentian, u've seen it all.. our tears.. our laugh.. our hopes for penyu..

    We'll be back..Next year mungkin???.......... =)